Translate

23 February 2015

Senarai Pemenang Anugerah #MeleTOP Era 2015

Johan Dominasi Anugerah MeleTOP Era 2015

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 12:05 AM
Johan dan Ayda Jebat.
  (Ubah saiz teks)
BUKIT JALIL: Pelawak dan penyampai radio Johan menggondol tiga trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki) pada Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.


Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim Mohamad, 31, turut memenangi menerusi kategori iaitu Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

Dengan kemenangan itu, Johan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Manakala aktres Ayda Jebat dipilih penerima trofi Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baharu MeleTOP.

Ayda berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza membuktikan beliau masih mempunyai pengikut yang kuat apabila menerima dua trofi AME 2015 iaitu dalam kategori Bintang Online MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP.

Manakala Akim & The Majistret membawa pulang dua trofi menerusi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Mewangi).

Bagi setiap kategori setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, Datuk AC Mizal menerima trofi menerusi kategori Hos TV MeleTOP manakala Zul Ariffin dipilih sebagai pemenang Pelakon TV MeleTOP. 
Pelakon Nelydia Senrose mencipta kejutan apabila diumumkan pemenang kategori Bintang Filem MeleTOP manakala filem Abang Long Fadil diumumkan sebagai Filem MeleTOP.

AME 2015 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan).

Acara pada malam tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada Wings, Joe Flizzow, SonaOne, Nico, Repvblik, Hazama, Dayuk Ramli Sarip dan Datuk Siti Nurhaliza.

Ia turut disiarkan di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.

Berikut adalah senarai penuh AME 2015:

1. Top Top MeleTOP Lelaki - Johan

2. Top Top MeleTOP Wanita - Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP - Nur Fazura

4. Artis Baharu MeleTOP - Ayda Jebat

5. Bintang Online MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP - Scha Al Yahya & Awal Ashaari

7. Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era

. Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majestrit

9. Penyanyi MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

10. Lagu MeleTOP - Mewangi (Akim & The Majestrit)

11. Program TV MeleTOP - Maharaja Lawak 2014

12. Drama TV MeleTOP - Bukan Kerana Aku Tak Cinta

13. Host TV MeleTOP - Datuk AC Mizal

14. Artis Lawak MeleTOP - Johan

15. Pelakon TV MeleTOP - Zul Ariffin

16. Bintang Filem MeleTOP - Nelydia Senrose

17. Filem MeleTOP - Abang Long Fadil

18. Penyampai Radio MeleTOP - Johan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 55 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 4 hrs 48 mins ago