Translate

24 February 2015

Dua Beranak Cedera Ditembak 4 Orang Lelaki Berhampiran Taman Kota Permai






Bukit Mertajam: Dua beranak cedera ditembak oleh suspek berkumpulan, 4 lelaki dengan menunggang motosikal ketika di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Bang Kheng berhampiran Taman Kota Permai,12.40 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah, mangsa yang berusia 21 tahun yang memandu kereta bersama ibunya yang berusia 43 thaun pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menghadiri perbicaraan membabitkan kes dadah di Mahkamah Bukit Mertajam.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, datang empat lelaki menunggang dua motosikal dan terus melepaskan tembakan ke arah kereta mangsa."

"Ibu mangsa cedera di leher dan lengan kiri manakala lelaki itu cedera di dada kiri," katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurutnya lagi, sebanyak enam kesan peluru ditemui pada bahagian kiri kenderaan dan empat lagi pada bahagian kanan.

"Kedua-dua mangsa yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM) kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Semakan dilakukan mendapati pemandu kenderaan itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kejadian dipercayai bermotifkan balas dendam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya. ─Siakapkeli.com.my, Kredit gambar: Ganesh Nesh




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 3 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 33 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 34 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 5 hrs 39 mins ago