Translate

25 February 2015

Pengganas di Malaysia "ANAK MALAYSIA ANTI DEMOKRASI" membuat ugutan ingin membunuh Ketua Polis Negara dengan meletup keretanya




  Satu lagi ugutan oleh pengganas, kali ini mereka ingin cuba untuk membunuh Ketua Polis Negara. Mohon Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka seolah terpesong dengan ajaran Pakatan Rakyat yang sering cuba untuk mengatakan bahawa kononnya Demokrasi sudah mati di Malaysia. Kalau Demokrasi sudah mati, kita tidak akan mempunyai kebebasan untuk bersuara, mengadakan demonstrasi dan banyak lagi


PETALING JAYA: Tidak sampai sebulan isu sekumpulan anak muda yang tampil dengan video mengancam untuk membakar mercun di hadapan mahkamah sebagai tanda protes, kini satu lagi rakaman video dikeluarkan dengan ugutan untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.\
Image result for membunuh ketua polis negara

Video berdurasi 1:27 minit itu dimuat naik oleh sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD), antara lain bertanyakan kepada umum samaada mereka sedar bahawa negara seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China menjadi maju dan dihormati kerana rakyatnya memilih untuk menidakkan sistem demokrasi bagi menggulingkan rejim yang korup sebelum negara mereka mencapai sistem yang stabil dan adil.
Rakaman tersebut menjelaskan bahawa mereka akan membunuh dengan cara meletupkan kenderaan kereta milik Ketua Polis Negara. Bagaimanapun, tarikh dan di mana ugutan tersebut akan dilaksanakan tidak diberitahu.
Mereka percaya dengan bertindak demikian akan menakutkan ketua-ketua agensi kerajaan yang lain dari terus menjahanamkan sistem demokrasi.
Bukan itu sahaja, tiga individu yang berpakaian serba hitam dan menutup muka mereka turut mengingatkan bagaimana rakyat negara ini telah dikecewakan oleh sistem yang dipanggil demokrasi serta mempersoalkan mengenai keberkesanan beberapa jawatan tertinggi di Malaysia apabila jawatan-jawatan ini diisi oleh ‘ejen’ yang menghancurkan sistem tersebut.
“Adakah rakyat Malaysia boleh menukar Pengerusi SPR melalui demokrasi? Adakah ketua hakim negara boleh ditukar melalui demokrasi? Adakah Ketua Polis Negara boleh ditukar Pengerusi melalui demokrasi?”
Mereka juga percaya, rakyat Malaysia akan bangkit memilih jalan bukan demokrasi.
Video tersebut berakhir dengan gimik kereta mainan diletupkan berlatarbelakangkan naratif kata-kata kesat yang dilempar terhadap sistem demokrasi negara.
Video yang dimuat naik pada 23 Februari oleh Anonymous Malaysia menggunakan judul ‘Peringatan kepada IGP’ telah ditonton 1386 pengguna laman sosial.


Bestfbkl- Hope the police  catch this idiots as soon as possible.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from California viewed 'Singer Noreen Noor Laid To Rest | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Apa Nak Jadi? Polis Bimbang Trend Ramai Wanita Car' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Yusoff Rawther gagal buka pintu kereta semasa serb' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang terima penerbangan sulung terus dari ' 23 mins ago
A visitor from Ernakulam viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 30 mins ago