Translate

28 February 2015

“Kenapa Mamat Khalid Cakap Macam Itu” ─ Emma Maembong



KUALA LUMPUR: Rentetan kisah pengarah Pengarah filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh, Mamat Khalid terkilan dengan dua bintang utamanya, Zizan Razak dan Emma Maembong kerana tidak hadir pada pra tonton filem berkenaan malam semalam, Emma bangkit memberikan penjelasan bagi pihaknya pula.

Emma yang dihubungi BH Online sebentar tadi agak terkejut dengan kenyataan berkenaan yang terpacul dari mulut pengarah itu.

Namun Emma terlebih dulu memohon maaf kepada pengarah itu termasuk produksi serta rakan media yang hadir menonton tanpa kehadirannya sebagai salah seorang teraju utama.

"Saya bukan sengaja tak mahu pergi atau mengelak menghadiri pra tonton filem itu tetapi saya sedari awal sudah memaklumkan ada komitmen lakonan untuk drama Isteri Separuh Masa arahan Michael Ang di samping Aiman Hakim Ridza.

"Penggambaran itu berlangsung dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi. Ikutkan saya sudah memaklumkan kepada isteri abang Mamat sendiri mengenai jadual seni saya. "Malah saya siap memberikan nombor telefon pembantu pengarah untuk pihak mereka periksa semula jadual.

"Tapi memang tak ada rezeki untuk saya bersama menonton bersama. Tambahan pula ia filem sulung lakonan saya. Takkanlah saya tak mahu menyaksikannya sendiri detik manis itu. Kalaulah pratonton itu dilakukan hari ini memang saya boleh menghadirkan diri," katanya.

Tambah Emma lagi, beliau mendapat tarikh pratonton filem itu sekitar seminggu lalu dan pada ketika itu memang dirinya tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana sudah terikat dengan penggambaran drama itu.

"Terlalu lewat untuk saya block tarikh tayangan itu kerana dimaklumkan pada minit akhir. Insya-Allah kalau ada pratonton sekali lagi, saya memang mahu hadir. Kecewa memang kecewa dengan kenyataan abang Mamat itu.

"Kenapa cakap macam itu sedangkan pihak mereka tahu saya ada komitmen. Kenapa tak beritahu pihak media perkara sebenar," katanya. ─ BH Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 4 hrs 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 48 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 52 mins ago