Translate

28 August 2014

JAIS Sahkan Datuk Ramli MS & Alyah Sudah Bernikah


Ramli MS dan Alyah Sah kahwinRamli MS dan Alyah Sah kahwin
Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin. Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan Berita Harian yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu. Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk berikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini. Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang. Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.
Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.

sumber: Berita Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KL GETS NEW DEPUTY POLICE CHIEF DATUK LAW HONG SOO' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from New york viewed 'Ringgit tinggi berbanding dolar AS susulan keyakin' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Astro AWANI terima anugerah Liputan TV Tertinggi d' 2 hrs 45 mins ago