Translate

04 May 2014

Misha Omar, 32, selamat berggelar isteri kepada Firos Ezzwan Rosly, 32, dengan sekali lafaz.

Misha Omar Sah Milik Juruterbang MAS, Firos Ezzwan Dengan Sekali Lafaz

..
Selepas menempuh pelbagai dugaan sepanjang dua tahun mengikat tali pertunangan termasuk terpaksa menangguh pernikahannya sebanyak dua kali, akhirnya penyanyi bersuara gemersik, Misha Omar, 32, selamat berggelar isteri kepada Firos Ezzwan Rosly, 32, dengan sekali lafaz.
Pasangan ini selamat diijabkabul kira-kira jam 9.30 tadi, dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.
Fiross yang merupakan seorang juruterbang syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) telah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Haji Ahmad Khamil.
Atas permintaan Misha sendiri, tiada sebarang mas kahwin berupa duit mahupun barang hantaran berjenama yang diterimanya. 
..
Kedua-dua mempelai masing-masing berbalas sebanyak lima hantaran.
Pasangan ini mengenakan busana sedondon berona putih. Firos segak berbaju Melayu sementara Misha anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.
Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 500 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.
Sementara itu, Misha yang dihubungi oleh Hot FM beberapa minit sebelum pernikahan sempat berkongsi perasaan gembiranya bersama peminat.
"Perasaan ini amat dasyat sekali. Ini bukan macam stage fright, semua stage saya dah pijak. Tapi bila masuk dewan nikah ni perasaan saya bercampur baur, rasa sayu dan bersyukur. Alhamdulillah, ini rezeki dan rahsia Allah. Kadang-kadang kita berharap tapi rezeki tak datang, akhirnya rezeki ini datang juga kepada saya, saya bersyukur.
"Saya berharap penukaran status ini bukan pengakhiran kepada kerjaya saya. Saya sayang semua peminat saya", kata Misha.
Kredit foto mStar online.Kredit foto mStar online.
Mengimbas detik perkenalan mereka, pasangan ini mula berkenalan sejak tahun 2007 sebagai kawan kemudian bercinta. Bagaimanapun hubungan cinta mereka itu putus. Tetapi akhirnya Fiross muncul semula pada tahhun 2011 dan mereka kembali sebagai pasangan kekasih seterusnya mengikat tali pertunangan pada Februari 2012.
Pasangan ini merancang mahu berkahwin pada September 2012. Bagaimanapun hari pernikahan mereka terpaksa ditangguhkan kerana tunangnya perlu mengikuti latihan bagi mendapatkan lesen airbus. Kemudian mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan pada Februari tahun ini, akan tetapi jadual kerjaya seni Misha terlalu pada sehingga Oktober tahun ini. Siapa menduga, rancangan tersebut sekali lagi terpaksa ditangguhkan sekali lagi ekoran pemergian ayah Misha ke rahmatullah akibat penyakit jantung, pada 30 November 2013.
Sementara itu majlis resepsi Misha dan Firos bakal berlangsung pada malam ini di lokasi yang sama dengan majlis pernikahan mereka.
Selamat pengantin baru buat Misha Omar dan Firos. Semoga kalian berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Amin.










Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED