Isu Cinta Suami Orang: Hanez Suraya Mahu Isteri Kekasih Mohon Maaf
- Details
- Published on Wednesday, 05 March 2014 17:06
Seperti yang dijanjikan tuan punya badan, aktres Hanez Suraya Abd. Aziz, 29, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kontroversi dakwaan kekasihnya Romie Razin Adilha (Mr. R) adalah suami orang, sekali gus menutup terus isu ini berpanjangan.
Dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi, Hanez mendesak isteri kepada kekasihnya yang dikenali sebagai Nur Liyana Abdul Manan, memohon maaf secara terbuka ekoran tuduhan merampas suaminya.
"Kenyataan dia (Liyana) di media agak melampau kerana saya dan Mr.R baru saja berkenalan 4 bulan lalu. Sedangkan dia memfailkan cerai di mahkamah pada 8 Oktober tahun lalu.
"Dia yang memulakan isu ini dan dia dah libatkan satu Malaysia. Semua orang dah kenal saya dan terpaksa menanggung malu. Keluarga saya juga turut menanggung malu. Jadi saya mahu dia meminta maaf secara terbuka",katanya.
Sidang media yang berlangsung dalam suasana tenang itu turut dihadiri Mr.R, peguam Mr.R iaitu Rubiah Jaffar dan juga peguam Hanez, Nor Liyana Abdul Rahman.
Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan, isteri kepada Mr. R, Liyana Manan mendakwa Hanez menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka selepas Hanez dan Mr. R didakwa telah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu.
Liyana bertambah berang apabila Hanez memuat naik di laman Istagram gambar diri bersama kedua-dua anak Liyana. Tindakan Hanez itu dianggap sebagai sengaja mengeksploitasi anak-anak Liyana dan tidak menghormati wanita itu sebagai ibu kanak-kanak tersebut.
Malah, Hanez dan Mr. R juga didakwa telah bercuti ke Bangkok tahun lalu bagi meraikan ulang tahun kelahiran kekasihnya itu.
Malah, Hanez dan Mr. R juga didakwa telah bercuti ke Bangkok tahun lalu bagi meraikan ulang tahun kelahiran kekasihnya itu.
Sementara itu, Mr. R turut menegaskan, tuduhan isterinya terhadap Hanez adalah fitnah serta dakwaan dia pergi ke Bangkok berdua bersama Hanez juga adalah tidak benar.
"Saya mohon maaf atas isu yang telah ditimbulkan oleh isteri saya. Saya tegaskan dakwaan isteri saya adalah fitnah. Saya tidak mahu aibkan dia.
"Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 di satu majlis di UiTM Shah Alam.
"Manakala saya pergi ke Bangkok pada bulan Januari 2014 bersama Hanez dan 6 lagi rakan termasuk adik Hanez. Bukan kami pergi berdua.
"Malah isteri saya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia merupakan fail cerai kali kedua. Dan dakwaan isteri saya di mahkamah sebelum ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga", tegasnya.
-mD