Translate

15 January 2014

Ingati Kembali Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Mungkin Sudah Anda Lupai

Ingati Kembali Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Mungkin Sudah Anda Lupai

Sempena Maulidur Rasul, cuba kita ingati sunnah-sunnah yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW. Pic: myibrah.com Sempena Maulidur Rasul, cuba kita ingati sunnah-sunnah yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW. Pic: myibrah.comHADITH riwayat Muslim ada menceritakan bahawa semasa Rasulullah SAW menyampaikan khutbah terakhirnya, Baginda berpesan, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah SWT dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian iaitu Al-Qur'an dan sunnahku."
"Barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan orang-orang yang mencintaiku kelak akan masuk syurga bersama-sama aku," ucap Baginda. Nabi dan Rasul terakhir Islam itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 12 Rabi-Ul-Awwal mengikut calendar Islam (hari ini) dan menurut Hadith Riwayat Al-Bukhari tarikh tersebut adalah bersamaan dengan tarikh hari kelahirannya.
Umat Islam di seluruh dunia memegang kuat amanat Rasulullah itu. Mereka menjalankan kehidupan harian dengan berpandukan cara kehidupan Rasulullah atau dikenali sebagai sunnah Baginda. Sunnah-sunnah inilah yang menjadi bekalan buat umat Islam demi menjamin kebahagiaan yang sejati di jannah.
Dalam Surah Al-Imran (ayat 31) terdapat kalimah "ikutilah aku" yang membawa maksud agar umat Islam mengikuti contoh-contoh yang ditunjukkan Baginda. Contoh-contoh ini dalam erti kata lain dipanggil Sunnah. Barangsiapa yang mempraktikkan Sunnah Rasulullah ini akan diberi ganjaran yang berlipat ganda.
Tetapi, tahukah anda sunnah-sunnah Rasulullah ini?
Secara am, kebanyakan orang Islam tahu sekurang-kurangnya satu sunnah Rasulullah. Tetapi, terdapat banyak lagi sunnah-sunnah di luar sana yang bermanfaat untuk diketahui masyarakat Islam.
Untuk menambah pengetahuan tentang sunnah-sunnah di kalangan umat Islam di Malaysia, penceramah bebas Ustaz Daud Che Ngah berkongsi beberapa contoh sunnah Rasulullah yang boleh dijadikan tatapan dan pedoman anda.
Berjimat dalam menggunakan air
"Rasulullah pernah menegur seorang sahabatnya yang sedang mengambil wuduk dengan menggunakan air yang banyak. Baginda mengingatkan sahabatnya dengan berkata walaupun mereka diulit dengan pelbagai kemewahan mereka harus memikirkan dan mementingkan kemudahan untuk orang lain. Dalam hal ini, Rasulullah menyuruh sahabatnya supaya berjimat dan menyimpan air itu untuk kegunaan orang lain", jelas Ustaz Daud yang juga seorang ahli perniagaan.
Kekalkan penampilan diri yang baikMengikut sunnah Rasulullah, rambut untuk kaum adam boleh disimpan sehingga paras bahu tetapi haruslah sentiasa dikemaskan./mDMengikut sunnah Rasulullah, rambut untuk kaum adam boleh disimpan sehingga paras bahu tetapi haruslah sentiasa dikemaskan./mD
Rasulullah amat menitikberatkan penjagaan diri agar sentiasa bersih dan wangi, baginda juga gemar memakai cincin pada jari manis dan kelingking. Disamping itu, baginda juga menyimpan janggut dan menipiskan misai serta mengutamakan penjagaan rambut.
Di zaman moden ini, ramai lelaki yang 'stailo' dengan bermacam fesyen rambut, baik pendek atau panjang. Lelaki-lekaki moden ini sebenarnya boleh mencontohi Nabi yang menyimpan rambutnya melalui tiga fesyen; sehingga paras cuping telinga, paras leher dan paras tulang belikat (melepasi bahu).
Hadith Riwayat Abu Dawud, daripada Abu Hurairah, ada mengatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang membawa maksud "Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya" dan diceritakan bahawa Nabi juga meletakkan minyak serta menyisir (menyikat) rambut Baginda agar sentiasa kemas.
Minum susu
Bagi mereka yang gemarkan susu segar, tanpa anda sedari meminum susu adalah salah satu daripada sunnah Nabi. Melalui Riwayat Muttafaqun Alaihi, Rasulullah juga sukakan susu segar malah baginda juga berkumur menggunakan susu kerana ia mengandungi lemak. Susu juga telah disahkan saintis mengandungi pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan. Antaranya ialah untuk kebaikan tumbesaran tulang.
Gosok gigi sebelum menunaikan solat
Jelas Ustaz Daud, umat Islam juga digalakkan supaya bersugi (membersihkan gigi) setiap kali berwuduk untuk menunaikan solat.
"Pada zaman dahulu, Rasulullah menggunakan kayu siwaq untuk bersugi, malah apabila bersugi setiap kali sebelum bersolat, roh akan keluar dengan mudah melalui halkum.
Malah katanya, sesiapa sahaja yang gemar bersugi, maka malaikat akan menghormatinya kerana sentiasa berada dalam keadaan bersih seperti Rasulullah.
Makanlah beramai-ramai seperti yang disarankan Rasulullah. Pic: meraban.semenyih.net Makanlah beramai-ramai seperti yang disarankan Rasulullah. Pic: meraban.semenyih.netTertib semasa makan
Baginda menggalakkan makan secara berjamaah iaitu makan beramai-ramai dalam sebuah talam (dulang).
Hal ini dijelaskan dengan dalam Hadith Sahih banyak yang menyatakan "Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu."
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.Dari Abu Qatadah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya."
Nikmati secubit garam
Rasulullah juga akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya sebelum menikmati makanan. Mengapa?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Nabi Muhammad SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
Selain daripada menjadi sumber mineral, garam juga adalah penawar malah garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
Makan dengan tiga jari Ustaz Daud berkongsi beberapa sunnah untuk tatapan umum, Pic: blogspot.comUstaz Daud berkongsi beberapa sunnah untuk tatapan umum, Pic: blogspot.com
Antara lain Ustaz Daud berkata, Rasulullah menggunakan tiga jari sahaja untuk makan tetapi ianya adalah untuk jenis makanan yang berketul seperti roti dan potongan daging.
Dalam Hadith Riwayat Muslim ada menyatakan "Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari (iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)"
Pada zaman Rasulullah, Baginda menggunakan tiga jari kerana baginda makan roti, tetapi bagi kita yang makan nasi ianya tidak mengapa jika makan menggunakan lima jari.
Menjilat jari selepas makan
Hadith Riwayat Muslim juga ada menyatakan "Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan tuala dan hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (pinggan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat."
Harus membunuh cicak
Ustaz Daud juga menerangkan bahawa membunuh cicak merupakan salah satu sunnah Rasulullah.
"Kita harus membunuh cicak kerana binatang itu disifatkan sebagai pengotor dan berdasarkan kisahnya yang mengkhianati Rasulullah", jelasnya.
Usap bahagian yang sakit sambil berdoa
Antara sunnah yang ditinggalkan Rasulullah adalah meletakkan tangan pada tempat yang sakit serta menyapunya disertakan bacaan doa, nescaya Allah SWT akan mempermudahkan segalanya.
Kanan dahulu, kiri kemudian
Dahulukan kanan dalam semua perkara contohnya seperti memakai sarban, menggunakan tongkat, bersiwaq, memakai kain atau celana atas dari buku lali. Bersedekah. Sedekah yang paling murah dan mudah adalah senyuman dan ianya dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia.
Adab sebelum tidur
Disamping itu, Rasulullah juga akan berwudhu sebelum tidur dan Baginda akan tidur dengan posisi yang mengiring ke kanan.
Menurut Hadith Riwat Al-Bukhari dan Muslim, Al-Barra’ bin Azib meriwayatkan "Jika kamu hendak tidur, maka berwudhulah seperti hendak solat, kemudian tidurlah dengan posisi miring ke kanan dan bacalah, ‘Ya Allah, Aku pasrahkan jiwa ragaku kepada-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, aku lindungkan punggungku kepada-Mu, karena cinta sekaligus takut kepada-Mu, tiada tempat berlindung mencari keselamatan dari (murka)-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dan dengan nabi yang Engkau utus’. Jika engkau meninggal, maka engkau meninggal dalam keadaan fitrah. Dan usahakanlah doa ini sebagai akhir perkataanmu."
Tambahan pula, Baginda akan mengibaskan tempat tidurnya ketika hendak tidur. Hal ini dinyatakan Abu Hurairah yang mengatakan Rasulullah selalu mengibas tempat tidurnya sambil membaca Bismillah.
Wudhu sebelum Mandi Junub
Selain itu, Rasulullah juga sering berwudhu sebelum Mandi Junub (mandi besar) seperti yang diriwayatkan dari Aisyah R.A yang berkata Baginda berwudhuk ketika hendak solat dan sebelum menunaikan mandi junub.
Sempena menyambut Maulidur Rasul hari ini, marilah kita bersama-sama memulakan langkah ringkas dengan mengikuti sunnah Rasulullah. Jika dijadikan tabii, kehidupan kita tentu akan lebih mendapat keberkatan Allah. Ia juga adalah cara terbaik untuk kita melahirkan rasa cinta kita terhadap Nabi Muhammad SAW.



-mD
 MALAYSIAN DIGEST

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED