Translate

29 January 2014

Atilia Tunda Kahwin Kerana Hormati Kematian Bekas Suami

Atilia Tunda Kahwin Kerana Hormati Kematian Bekas Suami

..
Penyanyi Atilia Haron pernah menunda perancangan untuk berkahwin pada tahun lalu kerana kematian bekas suaminya, Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil, 47, pada 7 Ogos 2013 akibat penyakit kanser hati.
Memetik kenyataan di mStar online, Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana menghormati pemergian Ariff selain peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam padanya.
"Saya pernah merancang untuk berkahwin selepas sambutan Hari Raya tahun lalu namun pemergian bekas suami sehari sebelum Aidilfitri telah menyebabkan ia ditangguhkan kerana menghormati kematian arwah.
"Hubungan saya dengan arwah sangat rapat walaupun kami telah bercerai dan selepas kematiannya ia amat meninggalkan kesan kepada saya dalam pelbagai sudut," katanya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Atilia berkata, dia kini sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan berharap perancangan untuk berkahwin terlaksana pada tahun ini.
Jelas Atilia, pada usianya sekarang dia mula memikirkan tentang masa depan dan mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.
"Saya sudah berusia 40 tahun dan perkahwinan adalah perkara yang saya fikirkan secara serius buat masa ini. Insya-Allah jika ada jodoh saya mahu berkahwin pada tahun ini," katanya.
Tambah Atilia, dia mengakui cemburu apabila rakan-rakan seusianya sering bercakap mengenai kehidupan yang sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak.

sumber : mStar online


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 3 hrs 5 mins ago