Translate

11 March 2014

Chef Wan Tidak Cari Publisiti Murahan

Saya Bukan Cari Publisiti Murahan - Chef Wan

..
Bermula dengan isu nasi lemak ‘telanjang’, diikuti teguran buat stesen televisyen yang tidak peka dengan program masakan sehinggalah kepada kontroversi percintaan pelakon Hanez Suraya dengan lelaki berstatus suami orang, Romie Razin Adilha, semuanya mendapat perhatian masyarakat.
Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang berkata luahan chef selebriti, Datuk Chef Wan, sebagai keterlaluan, terutama berhubung percintaan pelakon 'Autumn Di Hatiku' itu sedangkan mereka tiada sebarang pertalian.
Bercakap kepada Berita Harian, Chef Wan beliau berbuat demikian bukan untuk meraih publisiti murahan, sebaliknya kerana dirinya berpegang kepada prinsip berani kerana benar.
Sebagai seorang yang mempunyai banyak pengalaman, Chef Wan berkata, beliau berhak menegur apa yang dirasakan tidak betul, walaupun kebenaran pahit untuk diterima.
Teguran itu pula bukan untuk menjatuhkan, sebaliknya supaya pihak berkenaan dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
Ujar Chef Wan, dengan pengaruhnya, beliau berasa berhak untuk menegur supaya pihak yang terbabit tidak terus leka.
Begitu juga teguran ikhlasnya kepada stesen televisyen yang dilihat terlalu mementingkan paras rupa dalam pemilihan pengendali program masakan tanpa mengambil kira pengalaman tukang masak berkenaan.
“Saya sedikit pun tidak cemburu dengan pencapaian chef baharu kerana sehingga hari ini, program masakan saya tidak hanya disiarkan di stesen tempatan, malah wajah saya juga boleh ditonton pada setiap hari di seluruh dunia.
“Cuma saya pelik kenapa kita terlalu cepat mengiktiraf seseorang sebagai chef sedangkan mereka tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang kulinari.

sumber : Berita Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED