Translate

20 October 2024

Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud



Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama

19/10/2024


Wanita berusia 42 tahun itu tertarik untuk menyertai pelaburan berkenaan melalui aplikasi WhatsApp dan diminta mendaftar dalam satu sistem, Julai lepas. - Gambar hiasan


KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 42 tahun itu tertarik untuk menyertai pelaburan berkenaan melalui aplikasi WhatsApp dan diminta mendaftar dalam satu sistem, Julai lepas.

Beliau berkata mangsa kemudian telah diberikan latihan oleh suspek untuk membeli saham melalui pautan yang diberikan pada Julai dan Ogos lepas.

"Dalam tempoh 17 Julai hingga 14 Oktober, mangsa telah melakukan 25 transaksi ke dua akaun bank yang diberikan suspek.

"Mangsa kemudian telah menerima pulangan dalam anggaran RM50,000 dan melabur semula sehingga kerugian sebanyak RM690,000. Sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED