Translate

08 October 2024

Reman tiga individu berkait GISB termasuk pegawai kewangan dilanjut



Reman tiga individu berkait GISB termasuk pegawai kewangan dilanjut

Bernama

08/10/2024 



Majistret Mohamed Redza Azhar Reza membenarkan reman dilanjutkan terhadap kesemua individu selepas tempoh reman mereka yang bermula 1 Okt lepas tamat hari ini. - Foto Bernama


SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari membenarkan lanjutan reman selama satu dan dua hari terhadap tiga individu termasuk seorang pegawai kewangan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

Majistret Mohamed Redza Azhar Reza membenarkan reman dilanjutkan terhadap kesemua individu berusia antara 40 hingga 50 tahun itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita selepas tempoh reman mereka yang bermula 1 Okt lepas tamat hari ini.

Peguam Rosli Kamarudin yang mewakili kesemua individu berkenaan berkata seorang wanita direman sehari manakala selebihnya dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, mahkamah sama turut membebaskan tiga individu daripada reman termasuk seorang peguam yang dikaitkan dengan GISB selepas mendapati tiada keperluan untuk menahan mereka selain tidak berpotensi untuk melarikan diri.

"Peguam itu yang merupakan seorang daripadan peguam pemerhati sebelum ini ditahan reman polis selama tujuh hari di Changlun, Kedah dan hari ini dia dibebaskan," katanya.

Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Hasil serbuan seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan dan 359 pengikut GISB termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut ditahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED