Translate

20 October 2024

Pemain badminton negara kongsi gambar keadaan lutut terkehel



Pemain badminton negara kongsi gambar keadaan lutut terkehel

Astro Arena

20/10/2024


Qi Xuan tercedera di bahagian lututnya hingga terpaksa diusung keluar pada saat dia hampir meraikan kemaraannya.


KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita negara, Ng Qi Xuan, memberikan perkembangan terbaru kecederaan lutut yang dialami semalam menyaksikan perjalanan ke final Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 musnah.

Pemain berusia 24 tahun itu terbaring di atas Gelanggang 1 sambil menahan kesakitan akibat kecederaan lututnya yang terkehel sehingga menyebabkan bengkak sebesar bola ping pong timbul di lututnya.

Qi Xuan tercedera di bahagian lututnya hingga terpaksa diusung keluar pada saat dia hampir meraikan kemaraannya.

Pemain itu menerusi Instagram berkongsi gambar lututnya sebelum dan selepas dirawat doktor perubatan.

Dia berkata, "Hai semua, ini kondisi lutut saya semalam. Lutut saya mengalami dislokasi sepenuhnya.

"Doktor telah merawat lutut saya kembali ke tempat asal. Imbasan sinar X semuanya baik. Saya masih ingat doktor berkata, "Ya Tuhan, ini pertama kali saya melihat dislokasi yang serius." - Stadium Astro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED