Translate

13 October 2024

Malaysia amal dasar baik dengan semua negara, benarkan kapal berlabuh kecuali Israel



Malaysia amal dasar baik dengan semua negara, benarkan kapal berlabuh kecuali Israel

Bernama

13/10/2024


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) ke-78 hari ini. - Foto Bernama


PETALING JAYA: Malaysia mengamalkan dasar baik dengan semua negara dan membenarkan mana-mana kapal untuk berlabuh, kecuali Israel.


Dasar Kapal Berlabuh: Malaysia mengamalkan dasar membenarkan kapal dari semua negara untuk berlabuh, kecuali Israel.

Kunjungan Kapal Tentera China: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kunjungan kapal tentera China ke Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana ia adalah perkara biasa.

Penjelasan Menteri Luar: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menegaskan bahawa kunjungan kapal tentera China adalah perkara biasa dan permohonan rasmi telah dibuat untuk kunjungan delegasi China ke sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan isu yang perlu diperbesarkan.

"Kita mempunyai "operasi ketenteraan bersama"' dalam kawasan kita dengan Amerika Syarikat, China, Singapura, Indonesia, dan India. Apa masalahnya?"

"Bagi saya tiada masalah, hal ini telah berlaku sejak lama. Malah, jika kerajaan dahulu yang bersama PAS, Bersatu itu kapal terbang Israel pun boleh lalu, masuk pelabuhan tiada isu, sekarang jadi isu.

"Kita ingin menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan dasar baik dengan semua negara. Kapal yang ingin berlabuh di pelabuhan kita akan dibenarkan dari semua negara, tiada kompromi, kecuali untuk Israel. Itu adalah dasar yang kita amalkan sekarang, tetapi kini dijadikan isu," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-78 di sini pada Ahad.

Anwar berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa kemasukan kapal perang seolah-olah akan melakukan serangan dan mengambil alih negara tidak sepatutnya berlaku.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, bahawa kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan.

Mohamad Hasan berkata permohonan berkaitan kunjungan delegasi China ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang juga telah dibuat secara rasmi kepada kementerian berkaitan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED