Translate

11 October 2024

Indonesia tidak benarkan iPhone 16 kerana Apple tidak ikut peraturan tempatan



Indonesia tidak benarkan iPhone 16 kerana Apple tidak ikut peraturan tempatan

Astro Awani

11/10/2024


Menurut pihak berkuasa Indonesia, Apple tidak mencapai angka komitmen pelaburan sebelum ini. - Foto Amanz


KERAJAAN Indonesia kini mengesahkan telefon pintar terbaru Apple, iaitu iPhone 16, tidak dibenarkan penjualan di negara tersebut.

Ini kerana, Apple masih belum memenuhi peraturan tempatan yang sedia dilaksanakan di negara tersebut.

Peraturan ini meliputi keperluan pelaburan dan juga memperbaharui persijilan kandungan tempatan.

Sebelum ini, Apple sedia menerima sijil kebenaran untuk menjual produk mereka di Indonesia, namun sijil berkenaan telah pun luput dan perlu diperbaharui.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, Apple dikatakan tidak mencapai angka komitmen pelaburan sebelum ini.

Di samping itu, Indonesia juga mempunyai beberapa peraturan tambahan, termasuk pilihan pengeluaran produk di Indonesia, pembangunan aplikasi tempatan dan juga memfokuskan penciptaan produk inovatif dalam negara.

Apple dikatakan memilih pilihan ketiga dan telah membuka tiga akademi di negara tersebut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED