Translate

30 October 2024

Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim



Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim

Bernama

30/10/2024


Lim berkata tindakan pantas perlu diambil untuk menghalang penyebaran berita palsu itu daripada mencetuskan isu sensitif berkaitan agama, kaum, dan raja (3R). - Gambar fail


PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

Beliau berkata tindakan pantas perlu diambil untuk menghalang penyebaran berita palsu itu daripada mencetuskan isu sensitif berkaitan agama, kaum, dan raja (3R).

Justeru, Lim berkata laporan polis telah dibuat Pegawai Tugas-Tugas Khas bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja memanipulasi maklumat untuk menyemarakkan ketegangan antara kaum.

"Penglibatan polis amat penting dalam memastikan berita palsu ini dihentikan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata beliau sekali lagi menegaskan penjelasan dalam Dewan Rakyat pada 28 Okt lepas bahawa Akaun Sejahtera KWSP boleh digunakan oleh bakal jemaah haji yang berusia di bawah 55 tahun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata prosedur itu telah kekal sejak diperkenalkan pada 2013 tanpa mengira siapa yang memegang tampuk pemerintahan.

Lim turut menyeru semua pihak termasuk pengguna media sosial, media massa dan pihak berkuasa agar berganding bahu untuk membendung penyebaran berita tidak benar yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 17 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 34 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 45 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 52 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'President Xi Jinping concludes three-day state vis' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 1 hr 57 mins ago