Translate

15 October 2024

Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS



Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS

Bernama

15/10/2024


Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih meningkat, didorong oleh prestasi semalaman saham-saham Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.02 mata pada 1,638.56.

Sentimen pasaran hampir tidak berubah dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 132 berbanding 130 manakala 243 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,972 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 137.68 juta unit yang bernilai RM81.41 juta.

Di peringkat tempatan FBM KLCI mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih positif di tengah-tengah sentimen berhati-hati.

Beliau berkata jumlah dagangan harian juga hanya meningkat sedikit daripada paras dua bilion saham ketika pelabur-pelabur runcit terus memaparkan sikap berhati-hati.

"Berikutan itu, kami menjangkakan indeks penanda aras itu akan berlegar dalam julat 1,635-1,645 pada hari ini," katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Hong Leong Bank naik 2.0 sen kepada to RM21.30, Petronas Chemicals meraih 3.0 sen kepada RM5.65 manakala MR DIY, Axiata and Sime Darby masing-masing naik 1.0 sen kepada RM2.17, RM2.41 dan RM2.47.

Bagi saham aktif, Northeast Group dan Datasonic masing-masing menambah 1.5 sen kepada 51.5 sen dan 44.5 sen manakala 99 Speed Mart melonjak 5.0 sen kepada RM2.51 dan Pertama Digital susut setengah sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks pula Indeks FBM Emas menokok 8.74 mata kepada 12,298.69, Indeks FBM Emas Syariah menambah 5.83 mata kepada 12,207.73 dan Indeks FBMT 100 meraih 9.83 mata kepada 11,999.55.

Indeks FBM 70 bagaimanapun susut 7.01 mata kepada 17,562.31 namun Indeks FBM ACE naik 11.70 mata kepada 5,100.81.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 39.11 mata kepada 19,298.28, Indeks Perladangan turun 0.20 mata kepada 7,216.48 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.01 mata kepada 175.22 manakala Indeks Tenaga berkurangan 7.51 mata kepada 870.56.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED