Translate

18 October 2024

Belanjawan 2025: STR, SARA dinaikkan kepada RM13 bilion



Belanjawan 2025: STR, SARA dinaikkan kepada RM13 bilion

Astro Awani

18/10/2024


Jelas Anwar, sebanyak 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, berbanding 700,000 penerima pada tahun ini. - Gambar JaPen


KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan peningkatan tertinggi pada 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion berbanding RM 10 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan tersebut memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.

Jelas beliau, sebanyak 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, berbanding 700,000 penerima pada tahun ini.

“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

"Kategori bujang akan menerima STR RM600. Penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED