Translate

18 October 2024

Belanjawan 2025: Kementerian Pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah



Belanjawan 2025: Kementerian Pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah

Astro Awani

18/10/2024


Sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan telah diberi peruntukan sebanyak RM64.1 bilion untuk 2025, berbanding RM58.7 bilion ringgit tahun ini, sekali gus menjadikan ia peruntukan tertinggi dalam sejarah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada Jumaat, beliau berkata, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.

Selain itu, RM1 bilion dikhususkan untuk menyelenggara semua jenis sekolah, terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur, termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas.

Sementara RM1 bilion lagi dikhususkan untuk menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah, terutamanya di Sabah dan Sarawak, manakala 44 sekolah baharu akan mula dibina.

Bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, Perdana Menteri berkata, Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dengan peruntukan RM100 juta ringgit.

Projek Point of Presence (POP) sedia, tambahnya lagi, diteruskan dengan peruntukan lebih RM800 juta.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menyediakan 17 jenis bantuan pendidikan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.3 bilion, termasuk RM2 bilion untuk bantuan makanan asrama, dan RM870 juta untuk program Rancangan Malaysia Tambahan (RMT) yang memberi manfaat kepada 860 ribu orang murid.

Sebanyak RM800 juta disediakan untuk bantuan awal persekolahan kepada kesemua 5.2 juta murid tahun satu sehingga ke tingkatan lima tanpa mengira status pendapatan ibu bapa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED