Translate

13 October 2024

Baru belajar berenang, Syed Saddiq layak ke Ironman Dunia



Baru belajar berenang, Syed Saddiq layak ke Ironman Dunia

Astro Arena

13/10/2024


Ahli Parlimen Muar itu yang menyertai kategori utama Ironman Malaysia di Langkawi buat julung kalinya melintasi garisan penamat sekitar jam 9.30 malam tadi. - Foto Bernama


BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal bertanding dalam Kejohanan Dunia Ironman yang bakal berlangsung di Nice, Perancis, tahun depan.

Ahli Parlimen Muar itu -- yang menyertai kategori utama Ironman Malaysia di Langkawi buat julung kalinya -- melintasi garisan penamat di Pelangi Beach Resort tersebut sekitar jam 9.30 malam tadi selepas 30 minit tertangguh akibat terlibat kemalangan dalam acara berbasikal.

Begitupun, dia tiba empat jam sebelum had masa yang ditetapkan dengan catatan 13 jam dan 13 minit untuk menduduki tempat keenam dalam kategori umurnya.

.

Namun, tidak lama kemudian dia diberikan rawatan berikutan mengalami kekejangan.

Syed Saddiq menerusi Facebook turut mendedahkan dia bahawa baru belajar berenang sejak Februari lalu selain menggunakan basikal terpakai.

Ayuh YB, buat persiapan rapi lebih awal untuk membawa cabaran negara kelak! -- Stadium Astro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED