Translate

02 February 2024

'TREAD the Globe' sah berhubung dengan PDRM



'TREAD the Globe' sah berhubung dengan PDRM

Bernama

Februari 2, 2024
Pada Selasa, tiga anggota polis trafik ditahan berhubung video tular yang mendakwa seorang anggota polis menawarkan bayaran saman dengan menerima suapan RM100 kerana memandu laju. - Facebook/Tread The Globe

'TREAD the Globe' sah berhubung dengan PDRM

Pada Selasa, tiga anggota polis trafik ditahan berhubung video tular yang mendakwa seorang anggota polis menawarkan bayaran saman dengan menerima suapan RM100 kerana memandu laju. - Facebook/Tread The Globe

KUALA LUMPUR: YouTuber 'TREAD the Globe' mengesahkan berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan membabitkan video tular yang disiarkan pasangan warga Britain itu memaparkan seorang anggota polis trafik meminta wang RM100 bagi menyelesaikan saman kerana memandu melebihi had laju.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, saluran youtube dikendalikan pasangan pelancong itu dikenali sebagai Chris dan Marianne berkata rakaman video, tarikh, masa dan lokasi kejadian yang tidak disunting telah diberikan kepada PDRM.

"Kami mengesahkan telah berkomunikasi dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM.







"Mereka (polis) telah meminta maaf dan mengesahkan mereka sedang menyiasat sepenuhnya kejadian ini dan tiada saman tertunggak," menurut kenyataan itu, semalam.

Pada Selasa, tiga anggota polis trafik ditahan berhubung video tular yang disiarkan dalam talian oleh pasangan warga Britain itu yang mendakwa seorang anggota polis menawarkan bayaran saman dengan menerima suapan RM100 kerana memandu laju.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata tiga anggota JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berusia 37 hingga 42 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED