Translate

30 December 2023

Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat



Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat

Sinar Harian

Disember 30, 2023
Akhil Hayy, Waheeda dan Erma Fatima antara selebriti yang akan memeriahkan Datum Munajat pada Sabtu dan Ahad ini di Datum Jelatek Shopping Centre.

Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat

Akhil Hayy, Waheeda dan Erma Fatima antara selebriti yang akan memeriahkan Datum Munajat pada Sabtu dan Ahad ini di Datum Jelatek Shopping Centre. - Foto Sinar Harian

SEMPENA kedatangan tahun baharu Isnin ini, DatumCorp International Sdn Bhd (DCI) menganjurkan Datum Munajat, sebuah acara yang menjadi pembuka lebaran kejayaan baharu untuk 2024 bagi Datum Jelatek.

Menurut Pegawai Pemantau Operasi, Tengku Khairil Azwan Tengku Abdul Samad, bagi meraikan ambang tahun baru 2024, pihaknya menganjurkan satu acara yang menghimpunkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Ja’far, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.

Bukan itu sahaja, ia turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran terkenal seperti Akhil Hayy, Waheeda, Datuk Ramli Sarip, Erma Fatima, Mawi, Oja, Issey dan ramai lagi.







“Datum Munajat adalah sebuah acara untuk masyarakat yang dianjurkan pada 30 dan 31 Disember, manakala pada 1 Januari 2024 akan diadakan New Year Vaganza Datum Idol.

“Acara itu terbuka kepada masyarakat berbilang kaum untuk menyertainya,” katanya.

Tambah Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat merangkap penasihat acara, Suzana Zakaria, kelainan acara yang dianjurkan pada kali ini adalah bagi memenuhi aktiviti yang sesuai untuk semua lapisan umur dan bangsa.

“Selain dapat berkumpul seisi keluarga dalam menyertai acara, masyarakat juga boleh membeli-belah dengan selesa di Datum Jelatek Shopping Centre,” ujarnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'Bekas guru rugi RM82,000 tawaran buka kedai TikTok' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 43 mins ago
A visitor from Ashburn viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 44 mins ago
A visitor from San jose viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 44 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AMK umum sokong Nurul Izzah se' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 5 hrs 46 mins ago