Translate

29 December 2023

Sultan Selangor ingatkan bukan Islam agar hormati, tidak campuri hal ehwal agama Islam



Sultan Selangor ingatkan bukan Islam agar hormati, tidak campuri hal ehwal agama Islam

Astro Awani

Disember 29, 2023
Sultan Sharafuddin mengingatkan mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan hal ehwal Islam di Malaysia. - Gambar fail/Bernama

Sultan Selangor ingatkan bukan Islam agar hormati, tidak campuri hal ehwal agama Islam

Sultan Sharafuddin mengingatkan mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan hal ehwal Islam di Malaysia. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat Malaysia khususnya mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia.

Titah baginda, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Baginda, memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

"MKI juga dianggotai olen pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya yang melibatkan undang-undang dan agama Islam," titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan pejabat diraja.







Justeru, Baginda mengharapkan agar orang-orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal Agama Islam. Malah, penganut agama-agama lain seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia.

Baginda juga berkenan memetik ayat keenam Surah al-Kafirun yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

Baginda bertitah demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Baginda turut mengambil maklum reaksi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyatakan terdapat salah faham di pihak Koo Ham berkenaan jawatankuasa yang mengkaji bidang kuasa mahkamah syariah mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 8 mins ago
A visitor from San jose viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 8 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AMK umum sokong Nurul Izzah se' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 8 hrs 6 mins ago