Translate

28 December 2023

PM Anwar tiba di Kelantan untuk tinjau situasi banjir




PM Anwar tiba di Kelantan untuk tinjau situasi banjir
Bernama
Disember 28, 2023 12:57 MYT

Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini melaporkan Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang.- Foto Bernama

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan untuk meninjau sendiri situasi banjir negeri.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini pada pukul 12.08 tengah hari.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad. Hadir sama Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus.
 
Dalam tinjauan di Pasir Mas hari ini, Perdana Menteri dijadualkan melawat Jambatan Lubok Jong serta dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Kampung Repek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati di Kampung Banggol Manok.


Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini melaporkan Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat berbanding 19,423 orang pada pukul 8 malam tadi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 1 min ago
A visitor from Los angeles viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 7 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PDRM tugaskan 6,200 pegawai dan anggota kawal kese' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shah Alam turning into a ghost city? | BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Port saint lucie viewed 'Rebel Saudi women appear in public without hijab, ' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 3 hrs 12 mins ago