Translate

24 November 2023

Kes Honda City Yang Dicuri - Laju PDRM buat kerja , jauh betul dia lari



  Seorang penganggur ditahan di Pokok Sena, Kedah selepas melarikan sebuah kereta jenis Honda City Hatchback milik seorang lelaki di sebuah kedai mencuci kenderaan di sini pada Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berkenaan ditahan sekitar jam 6.10 pagi, hari ini.


Katanya, polis menerima laporan daripada pemilik kenderaan itu pada jam 9.30 malam, Isnin lalu yang memaklumkan keretanya dilarikan seorang lelaki ketika berada di pusat cuci kenderaan.


"Siasatan mendapati pengadu menyerahkan kunci keretanya kepada suspek yang disangka salah seorang pekerja di kedai mencuci kenderaan itu sebelum suspek bertindak melarikan keretanya.


"Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat ke atas suspek iaitu seorang lelaki tempatan yang berusia 26 tahun.


"Hasil semakan, suspek yang tidak bekerja turut mempunyai dua rekod lampau dadah. Hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, pihaknya turut merampas kereta berkenaan yang ditemui di Seksyen 7 dekat sini.


Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun jika disabitkan dengan kesalahan.


Terdahulu, tular di media sosial rakaman seorang lelaki melarikan sebuah kereta yang berada di dalam pusat cuci kenderaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 5 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 6 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 37 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 6 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 7 hrs 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 7 hrs 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 7 hrs 59 mins ago