Translate

27 September 2023

Ibu simbah air panas terhadap anak kerana habiskan data Internet



Ibu simbah air panas terhadap anak kerana habiskan data Internet

26 September 2023, 3:21pm





Tertuduh dibawa keluar Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. – FOTO: NSTP



Tertuduh dibawa keluar Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. – FOTO: NSTP

MELAKA: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimbah air panas terhadap anak kandungannya, tahun lalu.




Tertuduh berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.




Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa.




Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 2.56 pagi di sebuah rumah di Sungai Udang, pada 27 Jun 2022.




Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.




Terdahulu, prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim, memohon supaya jaminan tidak diberikan dengan mengambil kira faktor tertuduh tinggal bersama mangsa di rumah sama selain dia tidak diwakili peguam.




Mahkamah kemudian menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.




Difahamkan, kejadian berpunca apabila tertuduh berang dengan mangsa yang juga anak keduanya kerana menghabiskan data Internet telefon bimbitnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 46 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 59 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 59 mins ago