Translate

25 September 2023

CEO baharu DNB diumum selepas perjanjian dimuktamad - Fahmi



CEO baharu DNB diumum selepas perjanjian dimuktamad - Fahmi

Bernama

September 25, 2023 15:45 MYT

Fahmi sebelum ini berkata semua syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian akses untuk menyediakan perkhidmatan 5G tetapi soal pemilikan saham dalam DNB belum diumumkan. - Gambar fail




CEO baharu DNB diumum selepas perjanjian dimuktamad - Fahmi

Fahmi sebelum ini berkata semua syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian akses untuk menyediakan perkhidmatan 5G tetapi soal pemilikan saham dalam DNB belum diumumkan. - Gambar fail

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Nasional Bhd (DNB) yang baharu dijangka diumumkan selepas semua perkara melibatkan perjanjian langganan saham dimuktamadkan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa yang mempengerusikan bersama mesyuarat pasukan petugas 5G akan meneliti aspek akhir sebelum pemeteraian itu dilaksanakan.

"Saya telah memaklumkan kepada semua CEO pengendali rangkaian mudah alih (MNO) tentang memuktamadkan pemeteraian perjanjian langganan saham dan diharapkan minggu depan jika semuanya berjalan lancar.







"Kami juga akan memaklumkan kepada media bila pemeteraian itu akan dilaksanakan selepas semua MNO yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu telah mengambil ekuiti mereka...mungkin sama ada semasa atau selepas menandatangani (kami akan mengumumkan CEO), mudah-mudahan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Malaysia Digital Expo (MDX 2023), di sini hari ini.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata semua syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian akses untuk menyediakan perkhidmatan 5G tetapi soal pemilikan saham dalam DNB belum diumumkan.

Pada 21 Julai, Fahmi berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), U Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan perbincangan mengenai pegangan ekuiti dalam DNB tidak lama lagi.

Ini akan terus menyokong pembangunan rangkaian 5G sehingga liputan mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk pada akhir tahun ini.

Ketika ditanya mengenai kritikan oleh sekumpulan wartawan veteran mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Fahmi berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan MCMC tidak lama lagi untuk memahami apa yang berlaku antara mereka dan bagaimana untuk memperbaiki keadaan.

"Saya perlu mendapatkan sedikit taklimat daripada mereka dahulu, sebelum saya boleh mengulas tetapi saya menghormati pandangan wartawan, sama ada mereka wartawan veteran atau muda dan bagi saya semua wartawan adalah penting dan kebebasan akhbar adalah suatu yang sangat penting kepada kerajaan.

"Pada masa yang sama, fakta yang betul juga sangat penting dan itulah sebabnya kami percaya bahawa mungkin Majlis Media Malaysia akan menjadi jalan yang sangat baik untuk membincangkan dan menyelesaikan beberapa isu... kita berharap pada tahun depan kita boleh membawa rang undang-undang itu ke Parlimen dan meluluskan undang-undang untuk wartawan," katanya.

Pada 29 Ogos, MCMC dalam satu kenyataan mengulangi bahawa suruhanjaya itu memainkan peranan penting dalam mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia, berpandukan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA 1998), yang memberi kepercayaan kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan fungsinya.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab artikel oleh wartawan bertajuk 'MCMC Harus Berhenti Daripada Bertindak Sebagai Big Brother' oleh wartawan kanan yang telah disiarkan oleh beberapa media.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 1 min ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 14 mins ago
A visitor from Alabama viewed '1MDB CEO in 2009 Shahrol Azral, went ahead with Is' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 22 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering' 42 mins ago
A visitor from Louisiana viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PDRM kekal teguh jaga keamanan' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 18 mins ago