Translate

29 September 2023

Sembilan lelaki mengaku tidak bersalah merusuh



Sembilan lelaki mengaku tidak bersalah merusuh

Bernama

September 29, 2023
Kesemua tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini. - Foto Bernama

Sembilan lelaki mengaku tidak bersalah merusuh

Kesemua tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini. - Foto Bernama

MELAKA: Sembilan lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas dakwaan merusuh menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki lain.

P. Kogilanathan, 24; A. Loges, 30; V. Megan, 26; R. Thiven, 26; D. Mahendran, 43; P. Thanabalan, 33; N. Murthy, 37; D. Thivendran, 33; dan M. Kugan, 28. Mahendran dan Murthy juga merupakan mangsa dalam kes berkenaan.

Kogilanathan dituduh dengan dua pertuduhan iaitu menyebabkan cedera parah ke atas Mahendran dan Murthy dengan menggunakan sebilah parang iaitu satu senjata yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan sebagai senjata salah.







Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di persimpangan Taman Ayer Merbau, Jasin pada 12.32 tengah malam, 11 Sept lalu.

Kogilanathan dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Sementara itu, lapan lagi tertuduh iaitu Loges, Megan, Thiven, Mahendran, Thanabalan, Murthy, Thivendran dan Kugan pula dituduh secara bersama merusuh dengan menggunakan senjata seperti parang, besi dan kayu sehingga menyebabkan cedera di kepala dan badan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa ASP Nora Yaacob memohon agar mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM25,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Kogilanathan manakala RM15,000 bagi lapan tertuduh lain.

Bagaimanapun, tiga peguam tertuduh iaitu Jason Anthony, V. Segaran dan S.A. Amritpal Singh memohon agar kesemua tertuduh dibenar diikat jamin dengan jaminan rendah memandangkan mereka masih menanggung keluarga masing-masing.

Jason mewakili Kogilanathan; Segaran mewakili Loges, Megan, Thiven dan Kugan manakala Amritpal Singh mewakili Mahendran, Thanabalan, Murthy dan Thivendran.

Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan Kogilanathan dibenar diikat jamin RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan manakala lapan yang lain masing-masing diikat jamin RM7,000 serta menetapkan 7 Nov ini sebagai sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri akan dipanggil semula kemuka dokumen ' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-k' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail Sabri akan dipanggil semula kemuka dokumen ' 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdek' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menteri kesal, tuan r' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis Johor terima laporan kes gaduh di laluan mas' 51 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PEGUAM ULAS ISU TERKINI ARWAH ADIK ZAYN RAYYAN | B' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 1 hr 48 mins ago