Translate

30 September 2023

Murid 11 tahun maut ditimpa palang gol ketika aktiviti kokurikulum



Murid 11 tahun maut ditimpa palang gol ketika aktiviti kokurikulum
Bernama
September 29, 2023 23:31 MYT

Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St. Anthony, pagi tadi. - Gambar fail

BINTULU: Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St. Anthony, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Batholomew Umpit dalam satu kenyataan mengesahkan Balai Polis Pusat Bintulu telah menerima laporan kemalangan itu pada 7.24 pagi.

"Seorang murid warga tempatan telah terlibat dalam kemalangan dan mendapat kecederaan parah di kepala akibat ditimpa besi palang gol di tempat kejadian yang dipercayai patah semasa aktiviti kokurikulum.
 
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Bintulu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya.

Katanya hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar berkaitan kes itu.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Ahmad Amir Youb Bahari di talian 013-5653756 atau bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Maut Terperangkap Dalam Kereta Terbakar | ' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Maut Terperangkap Dalam Kereta Terbakar | ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Seekor anak gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rempuh motosikal, pemandu pacuan empat roda ditaha' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rempuh motosikal, pemandu pacuan empat roda ditaha' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'Penduduk terjejas dak' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Seekor anak gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Maut Terperangkap Dalam Kereta Terbakar | ' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Penemuan Najis Tikus, 4 Premis Makanan Diarah Tutu' 2 hrs 52 mins ago