Translate

26 September 2023

Polis buru pemandu, penumpang Toyota Vellfire rempuh SJR, palang tol



Polis buru pemandu, penumpang MPV rempuh SJR, palang tol

Bernama

September 26, 2023





Polis buru pemandu, penumpang MPV rempuh SJR, palang tol

Kenderaan yang kelihatan mencurigakan itu pada mulanya telah diarah berhenti di SJR di Cyber 8, Jalan Persiaran Apec, Cyberjaya pada kira-kira pukul 11.30 malam. -Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Polis sedang memburu pemandu dan seorang penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang melanggar beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar Sepang, dan palang tol Lebuhraya Elite, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kenderaan yang kelihatan mencurigakan itu pada mulanya telah diarah berhenti di SJR di Cyber 8, Jalan Persiaran Apec, Cyberjaya pada kira-kira pukul 11.30 malam.

"Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis (sebaliknya) memecut meninggalkan SJR," katanya, dan menambah polis kemudiannya membuat hebahan maklumat di Pusat Kawalan Polis untuk mengesan kenderaan berkenaan.







Beliau berkata kereta peronda polis (MPV) telah mengejar kenderaan itu di Lebuhraya Putrajaya dan ia kemudiannya merempuh palang tol susur keluar Lebuhraya Elite menghala ke Lapangan Terbang Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan turut merempuh palang tol Serenia di susur keluar Lebuhraya Elite ke Dengkil.

"Kenderaan itu seterusnya merempuh satu lagi SJR ketika melalui Jalan Dengkil-Banting dengan melanggar kon polis yang diletakkan di atas jalan raya sebelum terbabas di bahu jalan ketika di Kampung Olak Lempit, Banting," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata kenderaan itu terbabas kira-kira 20 kilometer dari tempat SRJR Cyberjaya, dan pemandu serta penumpang bahagian hadapan kenderaan itu telah meloloskan diri, namun dua lagi penumpang berjaya ditahan.

Beliau berkata dua yang ditahan pada kira-kira pukul 2 pagi tadi itu adalah pasangan kekasih warga asing berumur 21 dan 32 tahun yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, dan selepas diperiksa polis menemukan dua bungkus plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai syabu yang dianggar seberat 103.61 gram dalam kenderaan berkenaan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 186 atau Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan memandu dengan gopoh serta cuai di jalan awam.

Menurutnya bagi kesalahan menghalang penjawat awam, ia boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, manakala bagi kesalahan memandu secara cuai, ia boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000.

Wan Kamarul Azran berkata siasatan juga akan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 44 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 1 min ago