Translate

29 September 2023

Sukan Asia Hangzhou: Pasukan skuasy wanita mara ke final



Sukan Asia Hangzhou: Pasukan skuasy wanita mara ke final

Bernama

September 29, 2023 17:04 MYT

Sukan Asia Hangzhou: Pasukan skuasy wanita mara ke final

S. Sivasangari menewaskan Lee Jihyun 11-4, 11-4, 11-5 untuk kemenangan selesa. - Gambar fail/Bernama

HANGZHOU: Pasukan skuasy wanita negara meneruskan cabaran mereka untuk merampas semula pingat emas acara berpasukan Sukan Asia, selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 dalam separuh akhir di Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou hari ini.

Malaysia yang merupakan pilihan kedua, bermula dengan Aifa Azman yang hanya mengambil masa 20 minit untuk menundukkan Eum Hwayeong 11-4, 11-1, 11-8 bagi memberikan mata pertama kepada negara.

S. Sivasangari kemudian menewaskan Lee Jihyun 11-4, 11-4, 11-5 untuk kemenangan selesa, sekali gus membolehkan ahli pasukan lain, Rachel Arnold dan Aira Azman tidak perlu bermandi peluh.







"Aifa bermula dengan baik, pukulan beliau lebih tajam dan yakin berbanding semalam, yang turut melonjakkan keyakinan kami. Saya masuk gelanggang dengan yakin bagi meraih 3-0, seboleh mungkin saya cuba kekal positif untuk menang," kata Sivasangari ditemui selepas perlawanan.

Bagaimanapun, dalam usaha merampas semula gelaran juara berpasukan, pemain bakal berdepan ujian getir menentang pilihan utama dan juara bertahan, Hong Kong yang menyingkirkan pemenang pingat perak edisi lepas, India 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Mengenai perlawanan esok, Rachel berkata mereka sudah biasa dengan Hong Kong selepas bertemu dalam banyak kejohanan.

"Kita akan balik dan buat analisis terhadap permainan kita dan pihak lawan sebagai persiapan. Diharap kita dapat buat dengan baik," katanya.

Sejak acara berpasukan diperkenalkan di Sukan Asia Guangzhou 2010, Malaysia yang ketika itu diketuai bekas jaguh negara, Datuk Nicol David memenangi pingat emas dalam dua edisi berturut-turut iaitu 2010 dan 2014 di Doha, tetapi terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang selepas tewas dengan India di separuh akhir.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 7 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Ch' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 28 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 55 mins ago