Translate

21 September 2023

Kerajaan tak campur tangan pemilihan pekerja asing oleh majikan - Sivakumar



Kerajaan tak campur tangan pemilihan pekerja asing oleh majikan - Sivakumar

Bernama

September 21, 2023 19:49 MYT
Sivakumar berkata, Malaysia mempunyai 14 negara sumber selain Bangladesh untuk dipilih majikan dalam mengambil pekerja asing. - Gambar fail

Kerajaan tak campur tangan pemilihan pekerja asing oleh majikan - Sivakumar

Sivakumar berkata, Malaysia mempunyai 14 negara sumber selain Bangladesh untuk dipilih majikan dalam mengambil pekerja asing. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak campur tangan dalam proses pengambilan pekerja asing terutama dalam pemilihan pekerja dan negara asal mereka oleh majikan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Dalam kenyataan hari ini yang dikeluarkan bagi mengulas satu artikel portal berita berkaitan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh, beliau berkata dalam pemilihan pekerja dan negara sumber, majikan yang akan membuat keputusan mengenainya berdasarkan kesesuaian pekerja berkenaan untuk bekerja dalam industri masing-masing.

"Kementerian sentiasa mengekalkan pendekatan bahawa pengambilan pekerja asing tertakluk kepada prinsip mengutamakan pekerja tempatan dan permintaan daripada majikan, bergantung kepada keperluan sebenar mereka berdasarkan kriteria yang ditentukan kerajaan mengikut sektor.







"Sebagai sebuah negara perdagangan, kerajaan mengiktiraf sumbangan pekerja asing dalam membantu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara," menurut kenyataan itu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai 14 negara sumber selain Bangladesh untuk dipilih majikan dalam mengambil pekerja asing.

Sivakumar berkata terdapat salah faham berkaitan proses pengambilan dan peruntukan kuota dari negara, dan sehubungan itu beliau perlu membuat penjelasan mengenainya.

Beliau menekankan bahawa penderitaan manusia tidak boleh dibiarkan atau dikompromi terutamanya yang berkaitan dengan hak dan kebajikan pekerja.

Sebuah portal berita sebelum ini telah memetik seorang aktivis migran yang menyuarakan kebimbangan terhadap jumlah warga Bangladesh yang tiba di Malaysia, yang kebanyakan daripada mereka akhirnya terkandas sebaik tiba, dan jumlah mereka yang terlalu ramai berbanding pekerja warga asing yang lain.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 15 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Papagomo Terus 'Meratib' Kerajaan Zalim! | BEST FB' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from New york viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bodø/Glimt 0-2 Tottenham Hotspur | Europa League 2' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Jelutong viewed 'Enam kenderaan dirampas, cubaan seludup petrol ber' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 2 hrs 17 mins ago