Translate

01 August 2023

YAKEB salur bantuan kepada Kenneth - Hannah

 


YAKEB salur bantuan kepada Kenneth - Hannah
Bernama
Ogos 1, 2023 06:00 MYT

Berkongsi kronologi mengenai bantuan kepada Kenneth di Facebook, Hannah berkata, YAKEB menziarahi bekas atlet itu di tempat kerjanya pada 13 Julai dan membincangkan mengenai bantuan kecemasan/segera. - Foto Facebook Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah menyalurkan beberapa bantuan kepada bekas jaguh skuasy negara Kenneth Low Ewe Loong yang dilaporkan menghadapi masalah kesihatan dan kewangan.


Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata yayasan berkenaan telah melawat bekas juara kebangsaan itu sejak awal Julai lepas.


"Untuk makluman sebelum kes ini ditularkan oleh media beberapa hari lepas, pihak YAKEB telah melawat beliau awal bulan ini," katanya menerusi hantaran Facebook rasminya semalam.


Hannah yang turut berkongsi kronologi mengenai perkara itu berkata, YAKEB membawa Kenneth ke Hospital Selayang bagi pemeriksaan mata pada 10 Julai.


Pada 13 Julai, YAKEB menziarahi Kenneth bersama majikannya di tempat beliau bekerja iaitu di Archery Glo Academy Damansara.


Menurutnya dalam pertemuan tersebut, bekas atlet berusia 44 tahun itu turut menerima bantuan kecemasan/segera berjumlah RM500 daripada yayasan berkenaan yang turut menyatakan komitmen membantu Kenneth melalui elaun bulanan RM300.

Selain itu, Hannah berkata YAKEB turut membuat janji temu untuk Kenneth berjumpa pakar neurologi di Hospital Sungai Buloh pada 4 Ogos ini.

"YAKEB akan melaporkan perkembangan Kenneth dari semasa ke semasa dan beliau dalam pemantauan yayasan itu untuk bantuan rawatan," katanya.

Pada Ahad, media tempatan melaporkan Kenneth yang pernah menduduki ranking keempat di Asia dan ke-38 di dunia, kini bekerja sebagai tukang cuci, hidup susah dan mengalami masalah kesihatan.

Beliau dipercayai mengalami strok sehingga menyebabkan masalah koordinasi dan kemahiran motor, ketidakupayaan kognitif dan gangguan ingatan jangka pendek, selain tidak mempunyai wang untuk melakukan ujian bagi menentukan tahap kerosakan pada otaknya.
-- BERNAMA

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 2 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bapa Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah Berkerusi Roda ' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 18 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bapa Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah Berkerusi Roda ' 37 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 37 mins ago