Translate

06 March 2023

Sultan Ibrahim gerakkan tiga 'air boat' miliknya bantu misi banjir

 Sultan Ibrahim gerakkan tiga 'air boat' miliknya bantu misi banjir

Bernama

Mac 5, 2023 Sultan Ibrahim gerakkan tiga 'air boat' miliknya bantu misi banjir

'Air boat' berkenaan yang dikemudi oleh Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim memulakan perjalanan dari Jeti Gersik, Muar menuju ke lokasi pertama iaitu PPS SK Gombang yang menempatkan 47 keluarga. - Foto Facebook Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim gerakkan tiga 'air boat' miliknya bantu misi banjir

'Air boat' berkenaan yang dikemudi oleh Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim memulakan perjalanan dari Jeti Gersik, Muar menuju ke lokasi pertama iaitu PPS SK Gombang yang menempatkan 47 keluarga. - Foto Facebook Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menggerakkan tiga aset milik baginda iaitu 'air boat' berkuasa tinggi bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa yang terjejas banjir di negeri ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor, 'air boat' berkenaan yang dikemudi oleh Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim memulakan perjalanan dari Jeti Gersik, Muar menuju ke lokasi pertama iaitu pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gombang yang menempatkan 47 keluarga, hari ini.

Tunku Abu Bakar kemudiannya ke lokasi kedua iaitu Jeti Galeri Darurat Bukit Kepong sebelum berkenan menyampaikan bantuan makanan di PPS SK Bukit Kepong yang menempatkan 42 keluarga, selain turut meluangkan masa meninjau keadaan lokasi yang terjejas banjir sepanjang perjalanan, meskipun dalam keadaan hujan.



Turut serta, Datuk Perdana Dalam Kolonel (Bersara) Datuk Mohamed Perang Musa; Pegawai Daerah Muar Hasrin Kamal Hashim; dan Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang.

Semalam, 'air boat' berkenaan yang juga dikemudi oleh Tunku Abu Bakar turut digunakan dalam penghantaran makanan ke Kampung Orang Asli Pucur, Kahang di Kluang selepas penempatan mereka dinaiki air.

Perjalanan itu mengambil masa hampir 40 minit dengan menyusuri Sungai Kahang dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa terlibat.

Setakat 8 malam tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 50,596 orang dengan daerah Batu Pahat menjadi daerah paling terjejas bencana dengan merekodkan 19,883 orang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED