Translate

24 March 2023

Rohana (Bekas CEO Astro) pulangkan AS$10 juta kepada kerajaan, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM

 Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM

Astro Awani

Mac 24, 2023 


Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Menurut sumber, siasatan mendapati Rohana tidak mempunyai pengetahuan tentang sumber dana dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner - Foto/fail

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM

Menurut sumber, siasatan mendapati Rohana tidak mempunyai pengetahuan tentang sumber dana dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner - Foto/fail

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan telah memulangkan wang AS$10 juta ((RM44.26 juta) dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan Malaysia.

Sumber telah mendedahkan kesemua wang termasuk aset tersebut dipulangkan kepada kerajaan pada tahun lalu selepas siasatan SPRM selesai.

Menurut sumber, siasatan mendapati Rohana tidak mempunyai pengetahuan tentang sumber dana dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner.



Sehubungan itu, Rohana telah memulangkan keseluruhan jumlah wang dan aset tersebut secara sukarela kepada kerajaan Malaysia.

Oleh yang demikian, kata sumber itu, siasatan membabitkan Rohana berkaitan dengan dana 1MDB selesai dan tiada tindakan undang-undang susulan terhadapnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

Sehingga kini jumlah keseluruhan aset 1MDB yang telah berjaya dikembalikan adalah sebanyak RM28.93 bilion iaitu lebih kurang 70 peratus.

Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Parlimen berkata, Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai maklumat sama ada Rohana telah memulangkan AS$10 juta kepada kerajaan.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang sebelum itu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sama ada Rohana telah memulangkan wang itu kepada Kerajaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hannah harap siasatan kes Faisal Halim diteruskan ' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed '215,172 majikan ditawarkan diskaun FCLB sempena pe' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Peniaga rugi RM150,000 terperdaya pelaburan ternak' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Muhammad Kamil sahkan hantar pencal' 40 mins ago