Translate

28 January 2023

Noh Omar Dan KJ Dipecat, Hishammuddin, Shahril Hamdan Serta Dua Digantung oleh MKT UMNO

 


Langgar Disiplin Parti, Noh Dan KJ Dipecat, Hishammuddin, Shahril Hamdan Serta Dua Digantung

28 January 2023  

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam tadi telah memutuskan memecat dua orang ahli yang melanggar disiplin parti.


Katanya, ahli UMNO yang dipecat adalah Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).




“Ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Hamdan,” katanya menerusi satu kenyataan media.


Katanya yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari neger Pahang.


“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15,” jelasnya.


Sementara itu Ahmad turut memaklumkan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang baharu. – UMNO Online







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 54 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 5 hrs 8 mins ago