Translate

30 January 2023

Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi

 Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi

Bernama

Januari 30, 2023Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi

Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi ke Singapura. -Gambar fail/twitter Anwar Ibrahim

Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi

Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi ke Singapura. -Gambar fail/twitter Anwar Ibrahim

SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi ke Singapura.

Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 9.30 pagi.



Ketibaan beliau disambut Menteri Luar republik itu Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Jadual padat menanti perdana menteri dalam rangka lawatan sehari itu bermula dengan sambutan rasmi yang diadakan di Istana.

Beliau akan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong yang juga akan menganjurkan majlis makan tengah hari rasmi.

Selepas itu kedua-dua perdana menteri akan menyaksikan pemeteraian tiga perjanjian sebelum Anwar meninggalkan Istana untuk bertemu dengan diaspora Malaysia yang berada di republik itu.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Singapura selepas menyandang jawatan Perdana Menteri.

Delegasi Malaysia juga terdiri daripada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil serta para pegawai kerajaan dari kementerian dan agensi berkaitan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi turut menyertai delegasi itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 5 hrs 16 mins ago