Translate

29 January 2023

Kanser payu dara, barah utama penyebab kematian wanita

 Kanser payu dara, barah utama penyebab kematian wanita

Bernama

Januari 29, 2023 14:25 MYT


Kanser payu dara, barah utama penyebab kematian wanita
Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kiri) meninjau reruai pemeriksaan saringan kesihatan sempena Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) 2023 hari ini. - Bernama

Kanser payu dara, barah utama penyebab kematian wanita

Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kiri) meninjau reruai pemeriksaan saringan kesihatan sempena Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) 2023 hari ini. - Bernama

LUNDU: Kanser payu dara ialah barah utama yang menyerang kaum wanita serta antara kanser utama yang menjadi penyebab kematian dalam kalangan wanita.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kanser payu dara mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 34.1 peratus berbanding kanser lain dalam kalangan wanita di Malaysia.

"Ini bermakna, kadar insiden kanser payu dara di Malaysia ialah 34.1 kes bagi setiap 100,000 populasi wanita.



"Kanser serviks pula, wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas adalah kumpulan yang paling berisiko. Dua jenis kanser ini ialah kanser reproduktif yang sering menghantui kaum wanita di negara kita," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kempen Kesedaran Reproduktif Wanita (WcaRe) di sini, hari ini.

Justeru, katanya kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melancarkan kempen WCaRe bagi meningkatkan kesedaran terutamanya wanita terhadap kepentingan melakukan saringan awal bagi mengesan kanser payu dara dan kanser serviks atau pangkal rahim.

Katanya, usaha itu juga adalah bagi mencapai sasaran matlamat global iaitu sifar insiden kanser serviks menjelang 2070.

"KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) melalui LPPKN turut menyediakan subsidi bersasar untuk kedua-dua ujian ini bagi mereka yang layak, terutamanya golongan B40.

"Sejumlah 49 Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN di seluruh negara turut melaksanakan Kempen WCaRe serta menyediakan perkhidmatan Ujian Mamogram dan Ujian HPV DNA," katanya.

Terdahulu, Nancy melawat ke rumah seorang daripada respondan bagi kajian Lapangan Indeks Kesejahteraan Keluarga di Kampung Sileng Melayu, iaitu kajian bersama antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Universiti Malaysia Sarawak bagi mengukur tahap kesejahteraan keluarga di Malaysia.

Di Sarawak, sejumlah 480 responden daripada keseluruhan 8,000 keluarga terlibat dalam kajian yang mempunyai lapan domain utama iaitu hubungan kekeluargaan, ekonomi, kesihatan, keselamatan, keterlibatan komuniti, peranan agama dan amalan kerohanian, perumahan dan persekitaran serta keluarga dan teknologi komunikasi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 5 hrs 16 mins ago