MalaysiaGazette TV
Semua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) diingatkan tidak menguruskan peruntukan kerajaan sebagai dana institusi masing-masing dengan mengenakan syarat yang ketat kepada rakyat.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sekiranya agensi kerajaan itu termasuk Bank Rakyat mahupun SME Bank menguruskan dana kerajaan mengikut amalan perbankan, beliau khuatir matlamat kerajaan untuk membantu usahawan tidak tercapai.