Translate

31 January 2022

Lion Air Investigating Viral Video Of Crew Throwing Baggage Down The Stairs of The Ramp





Video kru pesawat 'lempar bagasi' tular, Lion Air lakukan siasatan
Astro Awani
Januari 31, 2022 



Video yang memaparkan kru pesawat penerbangan Lion Air kelihatan seolah melempar bungkusan dari perut pesawat tular di media sosial. -Video tular

SEBUAH video yang memaparkan kru pesawat penerbangan Lion Air kelihatan seolah melempar bungkusan dari perut pesawat tular di media sosial.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan kru pesawat berkenaan mengeluarkan barangan dipercayai milik penumpang dengan cara menggulingkannya jatuh menerusi tangga di bahagian belakang pesawat.

Lapor portal berita Tribunnews.com, perlakuan itu sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang rata-rata mempersoalkan cara pengurusan barangan penumpang yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
 
Mengulas mengenai rakaman video tersebut, Pegawai Komunikasi Strategik dan Korporat Kumpulan Lion Air, Danang Mandala Prihantoro menyatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara berkenaan.

Malah, menurutnya, barangan tersebut berkemungkinan bukan milik penumpang syarikat penerbangan itu.

“Menurut pengetahuan kami, bagasi penumpang tidak ditempatkan di dalam kabin pesawat.
“Hal ini kerana, pengoperasian susun atur bagasi penumpang berada di bahagian bawah pesawat,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, beliau tidak dapat memastikan berapa lama tempoh penyiasatan berhubung perkara berkenaan, namun pihaknya sedaya upaya menyegerakan proses siasatan agar punca dan sebab kejadian dapat dikenal pasti.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 56 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 5 hrs 23 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 5 hrs 23 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 6 hrs 52 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 9 hrs 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 9 hrs 33 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 9 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 9 hrs 48 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 10 hrs 2 mins ago