Translate

29 January 2022

'Saya sempat dengar isteri sebut "Allahuakhbar" sebelum kami dirempuh' - Suami




Bernama
Januari 29, 2022 

Mohd Nazri Hamid (dua, kanan) mengangkat jenazah salah seorang anaknya untuk dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Panchor, Pengkalan Chepa hari ini. - fotoBERNAMA

KOTA BHARU: "Saya hanya sempat mendengar arwah isteri menyebut Allahuakhbar sebelum kami dirempuh kenderaan itu," demikian diceritakan Mohd Nazri Hamid, 44, mengenai kejadian kemalangan yang meragut nyawa isteri serta tiga anaknya di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, Pahang petang semalam.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki mereka sekeluarga dirempuh sebuah pacuan empat roda Nissan Navara yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan kejadian itu menyebabkan guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, Gua Musang, Raihan Mohamad, 43, serta tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14, Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 4, maut.

Mohd Nazri, yang juga seorang guru di sekolah sama berkata ketika kejadian, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari rumah di kuarters kediaman guru di sekolah itu pada pukul 10 pagi menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri anak saudara kepada Allahyarham isterinya di Kajang yang akan berlangsung pada hari ini.
 
Menurutnya, perjalanan itu turut diiringi abang iparnya yang menaiki kereta jenis Mitsubishi Pajero bersama dua anaknya lagi Ahda Fasihah, 11, dan Ahmad Awaz, 12, yang terselamat dalam kejadian itu.


Mohd Nazri Hamid, 44, tidak dapat menahan kesedihan ketika pengebumian jenazah isteri dan tiga anaknya yang dikebumikan dalam satu liang lahad di Perkuburan Islam Kampung Panchor, Pengkalan Chepa hari ini. - fotoBERNAMA

"Ketika tiba berhampiran lencongan di Sungai Koyan, ada sebuah treler terbalik sekali gus membuatkan perjalanan tergendala sekitar 30 minit. Selepas itu, saya meneruskan perjalanan untuk ke Karak-Kuala Lumpur dan ketika itulah kenderaan yang dipandu saya dirempuh oleh sebuah pacuan empat roda Nissan Navara yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

"Kejadian itu menyebabkan isteri dan tiga anak kami tercampak keluar dari kenderaan...saya tidak sempat berbuat apa-apa dan tidak nampak kehadiran kenderaan itu di hadapan kereta kami," ujarnya sebak ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Mukim Panchor, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Jenazah empat beranak yang maut dalam kejadian itu dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan tersebut pada 9.50 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah tiba dengan van jenazah pada 8.30 pagi dan disembahyangkan di Masjid As-Siddiqin, Panchor di sini yang diimamkan oleh suami mangsa.
-- BERNAMA

 



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 28 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 1 hr ago
A visitor from Voronezh viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS 5 HERO PAKISTAN TERIMA ' 4 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 5 hrs 24 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengk' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Tokyo viewed 'Petaling street stripper from Sabah arrested. Woma' 6 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 7 hrs 50 mins ago