Translate

30 January 2022

Covid-19 Malaysia: 4,915 New Cases Recorded in the last 24 hours. Total - 2,865,984 cases. 99.2% in Category 1 and 2

 




Kenyataan Akhbar KPK 30 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

30 JANUARI 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 3,056 kes (2,780,771 kes kumulatif, 97.0%)
  • Kes baharu : 4,915 kes (2,865,984 kes kumulatif);
  • Kes import : 188 kes [111 warganegara (59.0%); 77 bukan warganegara (41.0%)];
  • Kes tempatan : 4,727 kes [4,573 warganegara (96.7%); 154 bukan warganegara (3.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 120 kes (103 kes disahkan COVID-19; 17 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 65 kes (50 kes disahkan COVID-19; 15 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,413 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,112 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 301 kluster.

Daripada 4,915 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 39 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,876 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 29 Januari 2022

NEGERINILAI RT
Negeri Sembilan1.20
WP Putrajaya1.20
Kedah1.18
Perlis1.16
Johor1.15
Melaka1.13
WP Kuala Lumpur1.13
Selangor1.10
Pulau Pinang1.07
Kelantan1.07
Sabah1.04
Perak1.04
Pahang1.03
Sarawak1.00
Terengganu0.93
WP Labuan0.00
MALAYSIA1.14

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, andSeek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian.

Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Januari 2022 @ 6:00 petang









KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lima kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,957 orang, daripada 2.84 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiga daripada lima kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
 
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 51,397 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 43,938 individu atau 85.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,392 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 2,948 kes dirawat di hospital dan 119 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 69 lagi memerlukan mesin ventilator.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED