Translate

29 January 2022

Majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan perlu beri satu hari tambahan pada kelepasan am berbayar




Bernama
Januari 29, 2022 

Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Feb yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan perlu memberi satu hari tambahan hari kelepasan am berbayar pada 3 Feb ini kepada pekerja masing-masing kerana berlaku pertindihan antara hari kelepasan am bagi Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut kenyataan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, tambahan satu hari kelepasan am itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 600(1)(b)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).


Akta 265 memperuntuk jika mana-mana hari kelepasan am yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b) jatuh pada mana-mana hari kelepasan am dalam perenggan (a) dan (b), hari bekerja selepas hari kelepasan am tersebut hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan am berbayar sebagai ganti kepada hari kelepasan am yang pertama.
 
"Bagaimanapun, bagi majikan yang tidak menyenaraikan Tahun Baharu Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil, majikan hanya perlu memberikan hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah Persekutuan sahaja," menurut jabatan itu.

Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Feb yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb.

Menurut JTK, Hari Wilayah Persekutuan merupakan hari kelepasan am berbayar yang wajib diambil oleh majikan yang tempat pekerjaannya terletak dalam Wilayah Persekutuan sebagaimana diperuntuk di bawah Seksyen 60D(1)(a)(iii) akta sama.

Bagi Tahun Baharu Cina pula, jika dipilih dan disenaraikan oleh majikan sebagai hari kelepasan am di bawah seksyen 60D(1)(a), ia juga wajib diambil oleh majikan.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 26 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 1 hr 38 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun' 5 hrs 13 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS 5 HERO PAKISTAN TERIMA ' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 6 hrs 34 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengk' 6 hrs 48 mins ago