Translate

27 January 2022

743 pelajar di N.Sembilan positif COVID-19 - MB




Bernama
Januari 27, 2022 

11 kluster aktif di negeri itu melibatkan lapan institusi pendidikan berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, manakala tiga lagi membabitkan institusi swasta. - Gambar fail

SEREMBAN: Seramai 743 pelajar sekolah dan institusi pendidikan di Negeri Sembilan positif COVID-19 membabitkan 11 kluster pendidikan di negeri itu setakat semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, 11 kluster aktif di negeri itu melibatkan lapan institusi pendidikan berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, manakala tiga lagi membabitkan institusi swasta.

"Keadaan masih terkawal dan pemantauan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di institusi pendidikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan pascamesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas COVID-19 Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Sementara itu, Aminuddin berkata pelajar yang dikategorikan sebagai kontak rapat dan diarahkan menjalani kuarantin di sekolah, tidak dibenarkan pulang sehingga tamat tempoh kuarantin walaupun ketika cuti Tahun Baharu Cina, minggu hadapan.

Selain itu, Aminuddin berkata pelajar tingkatan lima yang tinggal di asrama juga tidak digalakkan untuk pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina minggu hadapan.

"Kita harap ibu bapa memberi kerjasama mengenai hal ini, bagi memastikan anak-anak ini sihat dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, yang akan diadakan tidak lama lagi," katanya.

Aminuddin berkata sekiranya terdapat kluster baharu di sekolah harian, maka kontak rapat akan dihantar ke stesen kuarantin (QS) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kes COVID-19 khususnya pada minggu kedua dan minggu ketiga bulan ini, disebabkan kluster tempat kerja, kluster pendidikan dan kontak rapat.

"Semalam, 311 kes baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 117,962 kes dengan 1,334 kematian. Terdapat 16 kluster yang masih aktif iaitu 11 kluster pendidikan, empat kluster tempat kerja dan satu kluster pusat tahanan setakat ini," katanya.

Aminuddin berkata pihaknya akan menyediakan Rumah Peranginan Kerajaan Negeri sebagai lokasi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sebagai persediaan menghadapi gelombang penularan wabak itu di Negeri Sembilan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 2 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fahmi mahu syarikat telekomunikasi kemuka penyeles' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '“Air mengalir tidak dapat diputuskan” - Bagaimana ' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed '‘Saya ditahan ketika pergi dan balik di KKIA’ - Ah' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Lelaki Cedera Diserang Lima Lelaki Bersenjata ' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trump Excludes Phones, Computers and Chips From Hi' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago