Nynaa Harizal pilih suami, usaha perbaiki hubungan dengan keluarga
MSN.COM
NAMA Nynaa Harizal tiba-tiba menjadi perhatian umum selepas suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas mendakwa pelakon itu dilarikan keluarga sendiri sekitar awal November lalu.
Namun sebulan selepas kekecohan yang berlaku, pasangan ini muncul di mahkamah dan memaklumkan sudah kembali bersama.
Bagai kisah dalam filem Bollywood, naib juara Dewi Remaja itu akhirnya memilih untuk kembali taat kepada suaminya.
Ditanya situasi sebenar yang berlaku, Nynaa memaklumkan hubungannya dan suami berada dalam keadaan baik. Tetapi dalam masa sama, selebriti berusia 26 tahun itu tidak menafikan konflik yang berlaku meninggalkan kesan terhadap keluarganya.
“Tipulah kalau saya cakap hubungan dalam keluarga tak ada masalah. Sekarang saya harap semuanya kembali normal.
“Sebelum ni, saya rapat dengan semua ahli keluarga termasuklah ibu, bapa, kakak dan saudara-saudara sebab saya orang yang selalu mengutamakan keluarga.
“Namun, keutamaan sekarang adalah suami saya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran program MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ditanya dakwaan segelintir pihak yang melihat kontroversi yang berlaku hanya sekadar gimik semata-mata, Fahmi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif di MFI Group menafikan sekerasnya.
“Kalau kejadian itu gimik, macam-macam cara lain lagi yang saya boleh lakukan. Tetapi bila melibatkan hal peribadi, ia memang gila hinggakan saya tak berharap perkara sama berlaku kepada musuh saya,” jelasnya.
Mengambil langkah untuk mengupah dua pengawal peribadi, Fahmi berkata, dia hanya mahu memastikan insiden sama tidak berulang kembali.
Biarpun nekad memilih suami, Nynaa berharap hubungan dengan keluarganya akan pulih suatu hari nanti.© Provided by Sinar Plus Biarpun nekad memilih suami, Nynaa berharap hubungan dengan keluarganya akan pulih suatu hari nanti.
Dalam masa sama, bekas pelumba kereta F3 itu tidak pernah menghalang Nynaa untuk bertemu keluarganya.
“Apa saya boleh cakap, semua orang kena tahu batasan masing-masing.
“Bukanlah maksud saya bahawa isteri perlu meletakkan suami di nombor satu, sebab keluarga sama pentingnya. Tapi, keluarga juga perlulah tahu batasan-batasan mereka.
“Kita bukan patung atau robot. Anak memang tetap anak, tapi ibu bapa perlu terima bahawa anak-anak mereka akan meningkat dewasa,” katanya.
Konflik rumah tangga pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu tercetus apabila dia didakwa telah diculik ahli keluarganya sendiri.
Suami Nynaa kemudiannya membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan turut membuka fail tuntutan nusyuz terhadap aktres itu setelah hampir dua minggu keluar tanpa kebenarannya.
Kemudian, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru pada 10 November lalu.
Namun tidak lama selepas itu, Nyna kembali ke pangkuan Fahmi dan hubungan rumah tangga mereka diteruskan tanpa memilih jalan perpisahan.
The post Nynaa Harizal pilih suami, usaha perbaiki hubungan dengan keluarga appeared first on Sinar Plus.