Translate

25 January 2022

Kerajaan arah PLUS, Touch 'n Go kemuka justifikasi harga pelekat RFID

Kerajaan arah PLUS, Touch 'n Go kemuka justifikasi harga pelekat RFID

ASTRO AWANI

Januari 24, 2022 



Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan akan menentukan caj atau harga yang wajar dikenakan terhadap pengguna. - Gambar/ Bernama

KUALA TERENGGANU: Kerajaan mengarahkan Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go mengemukakan justifikasi berhubung harga RM35 pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya kemudian akan melakukan penilaian terhadap perincian kos sebenar pelekat RFID tersebut.

Katanya berdasarkan perincian itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Kewangan akan menentukan caj atau harga yang wajar dikenakan terhadap pengguna.

"Sekarang ini KKR bersama Kementerian Kewangan akan menilai segala kos struktur yang mereka buat itu... apa justifikasi, mengapa dikenakan RM35.


"Kalau tidak (munasabah) kita akan pastikan samada untuk dikurangkan (harga) atau apakah kos yang munasabah yang boleh dikenakan pada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan ke tapak projek seliaan KKR dan Jabatan Kerja Raya di tapak projek Kuala Terengganu Bypass, Bukit Bayas di sini, hari ini.


PLUS | Lorong SmartTAG akan diaktifkan semula


Dalam pada itu, katanya PLUS memberi jaminan pengguna yang mengalami kerosakan pelekat RFID akan menerima gantian itu secara percuma.

Sebelum ini, Fadillah dilapor berkata, pihaknya sudah memanggil PLUS dan Touch 'n Go untuk memastikan semua isu berkaitan pelaksanaan RFID diselesaikan secepat mungkin.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED