KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 3,251 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,783,331.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 16 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,644 kematian.
Jumlah itu juga termasuk dua kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Pada 8 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,251 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,783,331 kes.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 8, 2022
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.