Translate

17 August 2021

Menyamar sebagai doktor di PPV seorang lelaki 20 tahun diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam sahaja?????




Menyamar: 'Dr Shah Hairil Izman' jalani khidmat masyarakat 120 jam
ASTRO AWANI
Ogos 17, 2021

Shah Hairil Izman telah menggunakan kad pegawai kesihatan palsu selain memiliki beberapa peralatan kesihatan seperti pakaian, stetoskop dan alat pemeriksa nadi. - Foto PDRM

KUCHING: Padah menyamar sebagai doktor di pusat pemberian vaksin, seorang lelaki diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam selepas mengaku bersalah atas tuduhan itu semasa prosiding di Mahkamah Kuching hari ini.

Tertuduh Shah Hairil Izman Dave, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi selepas membaca laporan sosialnya yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Zubaidah dalam penghakimannya menyatakan perintah tersebut dibuat di bawah Seksyen 293(1)(e) Kanun Prosedur Jenayah.

Malah dengan itu juga, tertuduh tidak dikenakan hukuman maksimum yang diperuntukkan iaitu dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Untuk rekod, pada 1 Julai lalu, Shah Hairil dari Bandar Baru Semariang ditahan di pusat pemberian vaksin di Stadium Perpaduan Kuching sekitar jam 3 petang kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Malah tertuduh telah melakukan perbuatan itu sejak 16 Jun lalu dan telah masuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 19 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 46 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 6 hrs 2 mins ago