Translate

29 June 2021

Polis menggagalkan cubaan menggunakan trak tunda untuk menunda Toyota Alphard yang ada dadah bernilai lebih RM23.75 juta dalamnya

 



Helah sorok dadah RM23 juta dalam Alphard yang ditunda digagalkan polis

ASTRO AWANI

Jun 29, 2021 14:29 MYT




Helah sorok dadah RM23 juta dalam Alphard yang ditunda digagalkan polis

Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan mewah itu, polis menjumpai 447 dadah jenis ketamin dan methamphetamine dianggarkan seberat 448 kilogram di dalam bungkusan teh Cina. - PDRM

IPOH: Polis berjaya menggagalkan cubaan sindiket dadah menggunakan trak tunda untuk menunda kenderaan mewah jenis Toyota Alphard yang memuatkan dadah bernilai lebih RM23.75 juta.

Trak tunda dinaiki dua beranak berusia 27 dan 58 tahun berasal dari Kelantan itu ditahan di Kilometer 7, Jalan Raya Timur Barat, dekat Gerik, Perak kira-kira jam 6 petang, Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, hasil pemeriksaan di dalam kenderaan mewah itu, polis menjumpai 447 dadah jenis ketamin dan methamphetamine dianggarkan seberat 448 kilogram di dalam bungkusan teh Cina.

Jumlah dadah itu dipercayai boleh dibekalkan kepada lebih 2.1 juta penagih.

"Saya percaya dadah ini bukan saja untuk penagih-penagih tempatan malah kita percaya, daripada risikan kita, yang ada akan dihantar ke negara ketiga. Contohnya seperti jiran-jiran kita Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Australia.

"Rampasan-rampasan ini sekurang-kurangnya dapat memutuskan bekalan bagi penggunaan tempatan dan juga luar negara. Turut dirampas adalah trak penunda dan juga kereta Alphard berwarna putih tersebut dan juga jumlah wang daripada suspek yang ditangkap sejumlah RM19,672," ujar Razarudin.

Beliau bercakap dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh pada Selasa. Hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Mior Farid Alathrash Wahid.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua beranak itu negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kedua-dua mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga 3 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui siapa ‘kingpin’ sindiket berkenaan yang dipercayai rakyat tempatan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Muhammad Kamil sahkan hantar pencal' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis buru dua lelaki curi BMW R1300GS | BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Campeche viewed 'Kuala Lumpur akan diletakkan antara bandar peneraj' 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Fong Chee Khuen dipecat daripada jawatan CEO HHRG ' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'Sah! Nurul Izzah tawar diri bertanding jawatan Tim' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 3 hrs 8 mins ago