Translate

29 June 2021

Pekerja maut tersepit mesin 'conveyor' di kilang kelapa sawit

Seorang pekerja kontraktor maut tersepit pada mesin conveyor di sebuah kilang kelapa sawit di Pekan Nanas


Seorang pekerja kontraktor maut tersepit pada mesin conveyor di sebua5h kilang kelapa sawit di Pekan Nanas, Pontian. -Gambar hiasan


Pekerja maut tersepit mesin 'conveyor' di kilang kelapa sawit

BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kontraktor maut tersepit pada mesin conveyor di sebuah kilang kelapa sawit di Pekan Nanas, Pontian dekat sini, Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor Mohd Rosdee Yaacob berkata kejadian yang menimpa lelaki berusia 34 tahun itu berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penukaran liner pada bahagian hujung mesin berkenaan kira-kira 9.30 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati sebahagian badan mangsa berada di dalam ruang antara scrapper dan pulley semasa menjalankan kerja pemasangan liner tersebut.

"Mangsa ditemui dalam keadaan terkepit di dalam conveyor dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Isnin.

Susulan daripada itu, Mohd Rosdee berkata pihaknya telah mengarahkan aktiviti penyelenggaraan di tempat kerja tersebut dihentikan serta-merta sehingga siasatan lengkap dijalankan.

Beliau berkata, pihak majikan telah diarahkan untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi aktiviti kerja yang dijalankan di tempat berkenaan termasuk prosedur kerja selamat dan penaksiran risiko.

Katanya, JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mustafa Bakri Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Pontian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Guru rugi RM511,000 diperdaya sindiket pelaburan s' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinh' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Zelensky offers to meet Putin after Trump demands ' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 22 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BGT S18 We can't get enough of Jasmine Rice's GOLD' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Penduduk terjejas dak' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '144 projek bernilai RM14 bilion berjaya dilaksana ' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Cabang PKR JB Tuntut Rafizi Mohon Maaf | BES' 2 hrs 27 mins ago